APA CITE NI? – EPAL MERAH VS EPAL HIJAU

September 29, 2020

Buah epal telah menjadi buah yang amat digemari dan paling banyak dimakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Rakyat Malaysia pun tidak asing dengan kepelbagaian buah – buahan yang datang dalam pelbagai jenis warna,bentuk dan rupa dan buah epal juga tergolong di dalam kategori ini. Walau bagaimanapun, adakah anda pernah tanya pada diri anda, apakah perbezaan antara buah epal merah dengan epal hijau? Bagaimana warna mereka dapat mempengaruhi proses proses pembelian dan pembuat keputusan kita ketika membeli buah epal? Apakah perbezaan dan persamaan kedua – dua buah ini? Walaupun jawapan persoalan– persoalan ini bergantung kepada cita rasa pembelian seseorang individu, berikut merupakan penjelasan perbezaan dan persamaan kedua – dua buah yang serupa ini.

 

LATAR BELAKANG:

Pokok buah epal berasal dari Asia Tengah di mana spesis asal (moyang) buah epal yang digelar ‘Malus Sieversii’ masih boleh dijumpai pada hari ini. Spesis buah epal sebenarnya telah wujud dan bertumbuh untuk ribuan tahun di benua Asia dan Eropah dan telah dieksport ke Amerika Syarikat oleh kolonist Eropah yang tinggal di sana.

Apakah Persamaan Dan Perbezaan Buah Epal Merah dan Hijau?

 

PERSAMAAN:

Buah epal menjadi popular di seluruh dunia bukan sahaja disebabkan oleh kelazatannya semata – mata, tetapi juga disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, kekayaan antioksiden dan vitamin seperti Vitamin K dan A serta buah epal boleh didapati pada bila – bila masa dan boleh dimakan pada bila – bila masa juga. Profil nutrisi buah ini dikongsi oleh kedua– dua buah epal merah dan hijau dan apa yang amat hebat mengenai kedua – dua variasi buah ini adalah ia boleh dibawa ke mana -   mana dan boleh dibahagi antara keluarga dan rakan – rakan dalam saiz makanan ringan.

 

PERBEZAAN:

Buah Epal Hijau

Jadi, apa yang membezakan kedua – dua buah ini selain warnanya? Buah epal hijau kurang mengandungi gula dan karbohidrat dan mempunyai kandungan serat, protein, kalium, zat besi dan Vitamin K yang lebih tinggi berbanding dengan epal merah. Ramai mengatakan bahawa epal hijau merupakan alternatif yang lebih sihat terutamanya disebabkan buah epal hijau mempunyai dua kali ganda jumlah Vitamin A daripada buah epal merah.

 

Tapi Jangan Fikir Buah Epal Merah Tak Ada Banyak Nutrisi Kesihatan:

Buah epal merah mempunyai kandungan antioksiden yang lebih tinggi (antioksiden membuatkan kulit kita kelihatan muda) berbanding buah epal hijau. Ini disebabkan oleh ‘Antosianin’ iaitu pigmen warna merah yang memberikan warna kepada buah epal merah. Pigmen ini juga boleh didapati di buah – buahan lain seperti kranberi, raspberi, ceri, kubis dan buah berwarna merah atau ungu yang lain.

Buah Epal Merah

 

MUKADIMAHNYA:

Oleh kerana perbezaan antara kedua – dua buah ini adalah minimum, buah epal merah dan hijau masih boleh dilkira antara buah yang paling baik dan paling mudah didapati serta dimakan untuk meningkatkan kesihatan kita. Epal hijau megandungi jumlah Vitamin A yang lebih tinggi dan merupakan satu –satunya faedah kesihatan tambahan yang dikaitkan kepada vitamin ini dan perkara yang sama boleh juga dikatakan kepada buah epal merah yang mengandungi jumlah antioksiden yang lebih tinggi. Buah epal hijau boleh dikatakan adalah sumberyang baik untuk meningkatkan jarak penglihatan, meningkatkan imuniti badan, mengurangkan penampilan jerawat dan meningkatkan kesihatan dan ketahanan tulang badan. Manakala, buah epal merah adalah buah yang paling biasa dimakan oleh orang ramai dan dengan memakan buah epal merah secara berkala tetap akan memberi faedah kesihatan yang sama dan baik kepada tubuh badan kita. Mukadimahnya, kedua – dua buah epal adalah yang terbaik untuk kesihatan anda.

 

Dapatkan buah – buah epal yang segar – HIJAU atau MERAH atau KEDUA – DUANYA menggunakan bawiq app sekarang.