bAWIQ – APLIKASI PENGHANTARAN RUNCIT 90 MINIT UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA

September 29, 2020

Amalan untuk keluar membeli barang – barang runcit telah menjadi suatu rutin yang kita dah biasa lakukan dalam kehidupan kita sejak kita masih lagi kecil. Kita sering perhati bagaimana ibu bapa kita berbelanja, memilih dan membayar untuk membeli barang di kedai – kedai runcit, kembali ke kereta atau motosikal dan akhirnya menyimpan semua barang – barang runcit yang telah dibeli ke dalam peti sejuk dan pantri dapur rumah kita. Ianya adalah cara untuk kita menyediakan keperluan asas sebelum kita meneruskan kehidupan kita.

Membeli barangan runcit kini mudah dengan bawiq app

Namun dengan berlakunya peningkatan pesat dalam platform E-Commerce, aplikasi pembelian barang runcit atas talian telah merevolusi bagaimana kita boleh membeli barang runcit kita iaitu dengan hanya menggunakan telefon pintar kita dan dengan beberapa klik di screen telefon kita. Ianya semudah 1, 2, 3 dan anda dapat membeli –belah, memilih dan menerima semua keperluan runcit anda tanpa meninggalkan rumah anda dan itulah yang bawiq mewakili.

 

Katakan ‘Adios’ kepada amalan meninggalkan rumah untuk membeli barang runcit, tersangkut di kesesakan lalu lintas, tiada tempat letak kereta, berebut dengan orang ramai dan membawa beg runcit yang berat. Katakan ‘Hello’ kepada amalan membeli barang runcit atas talian dengan mudah mengikut keselesaan anda.

 

bawiq merupakan aplikasi penghantaran barang runcit atas talian yang menawarkan:

1.    Pelbagai pilihan produk runcit yang anda inginkan

2.    Penghantaran barang runcit terus ke pintu rumah andadalam tempoh 90 minit sahaja

Anda Tidak Perlu Ke Kedai Runcit Lagi. Gunakan Je bawiq App

Anda boleh menggunakan aplikasi bawiq di mana saja, pada bila – bila masa dan mengikut kesesuaian masa anda sendiri kerana anda boleh menjadualkan penghantaran barang runcit anda pada masa yang paling bersesuaian dengan rutin harian anda.

 

Apabia kami maksudkan pelbagai jenis produk runcit boleh didapati di aplikasi bawiq, kami memang bermaksud demikian kerana anda boleh mencari apa – apa jenis jenama dan produk yang anda kerap menggunakan dan juga berpeluang untuk mengetahui produk baharu yang anda boleh cuba. Antara produk yang kami sediakan adalah seperti pelbagai jenis daging, sayur – sayuran, makanan laut, buah – buahan, produk penjagaan diri untuk lelaki, wanita dan haiwan, makanan ringan dan minuman, makanan haiwan kesayangan untuk haiwan anda, barangan rumah dan pantri anda.

 

Pesanan yang dibuat melalui aplikasi ini akan dipilih sendiri oleh pembeli bahan makanan dan produk profesional bawiq yang telah dilatih untuk membeli produk yang paling bagus dan terbaik untuk setiap pesanan yang telah diterima. Disebabkan oleh kes Covid-19 yang masih sedang melanda Malaysia, bawiq juga telah mengambil langkah berjaga– jaga untuk menghentikan penyebaran wabak tersebut dan telah menerap amalan sentiasa memakai topeng muka dan sarung tangan kepada semua 'Riders' kami ketika mereka sedang menjalankan tugas menghantar barang runcit kepada anda dan juga sentiasa membersihkan produk yang telah diambil sebelum menghantarnya kepada para pengguna.

 

Ini Adalah 3 Langkah Untuk Menggunakan bawiq App:

1.    Pilih – Pilih dan Masukkan barang runcit ke dalam troli virtual aplikasi bawiq.

2.    2. Bayar – Pembayaran melalui kad debit, Kredit, bWallet atau Wang Tunai semasa Penghantaran.

3.    Rileks – Barang runcit yang dipesan akan dihantar ke pintu rumah anda dalam masa 90 minit.

 

Proses pembayaran untuk pesanan anda adalah amat mudah dengan pilihan sistem pembayaran yang disediakan dalam bawiq. Para pengguna boleh memilih untuk membayar dengan:

1.    Pembayaran Tunai

2.    Pembayaran secara Kad Debit atau Kredit

3.    Pembayaran secara bWallet (E-Wallet bawiq)

 

Ingin membeli beras? Dapatkannya melalui bawiq. Ianya sangat mudah!

 

Follow Kami di:

Facebook:

1.    Malaysia: www.facebook.com/bawiqMY/

2.    UAE: www.facebook.com/bawiq.grocer/

Instagram:

1.    Malaysia: @bawiq_my

2.    UAE: @bawiq.grocer

YouTube:

bawiq Grocer

LinkedIn:

www.linkedin.com/company/bawiq/