Makanan Yang Boleh Dimasak Dalam Situasi “Aku Letih”

September 28, 2020

Kita semua tahu macam mana perasaan balik dari tempat kerja, penuh dengan pelbagai tugasan yang perlu disiapkan segera dan kita akan mengalami saat – saat di mana kita berasa malas, letih, penat dan tak tahu apa yang kita nak masak sebab dah tiada tenaga untuk masak makanan ala restoran 5-bintang. “Take a chill pill brothers dan sistersku”, ada banyak hidangan ringkas yang boleh kita masak walaupun kita letih dengan menggunakan bahan – bahan yang ringkas di dapur rumah. Berikut adalah senarai beberapa “easy peasy” resepi hidangan yang boleh anda buat di dapur:

Nasi Kicap Telur Mata

1.    Nasi Kicap Telur Mata

Perrrggghhhhh!!! Ini adalah hidangan yang amat digemari oleh masyarakat Malaysia terutamanya golongan bujang dan “student” universiti.  Memang tak boleh nak salah masak dengan hanya sebiji telur yang perlu digoreng, kicap dan semangkuk nasi hangat anda telah hasilkan Nasi Kicap Telur Mata. Ini adalah hidangan yang menenangkan minda serta perut anda dan boleh dimasak pada bila – bila masa, dalam masa yang singkat.

 

Mi Goreng Mie Sedappp

2.    Indomie Goreng/Mie Sedapp

Ramai kata makan mi segera tak baik, tapi itukan kalau makan setiap kali, sekali sekala “of course” la boleh kan. Rasa indomie dan mie sedapp memang antara yang paling padu dan menyelerakan untuk perut anda yang lapar dan badan anda yang penat. Mi goreng indomie dan mie sedapp sudah tentu akan memuaskan jiwa kita yang penat membuat kerja. Jadi makanlah mi goreng mie sedapp atau indomie dan tambah perisa seperti kicap, sos cili dan telur goreng untuk enakkan lagi hidangan anda.

Nasi Goreng dan Hotdog

3.    Hotdog dan Nasi Goreng (Tambah Sos Cili)

Sebilangan daripada anda sudah tentu pernah buat experimen ini dalam makanan anda kan. Kesedapan yang mendatang dengan gaya masakan kita sendiri tidak kurang hebat seperti makan masakan ibu kita. Walaupun nasi  goreng dengan hotdog mungkin dilihat seperti makanan ringan, tetapi bila kita dapat campur apa – apa jenis bahan yang kita ingin sebagai contoh sos cili, makanan itu automatik menjadi makanan rumah kita sebab hidangan ini ditentukan oleh inovasi kita dan apa yang kita inginkan.

 

Balutan Sayur (Veggie Wraps)

4.    Balutan Sayur (Veggie Wraps)

Balutan sayur adalah amat mudah dan cepat untuk disiapkan seperti mi segera. Sediakan sebuah balutan dan masukkan salad segar, bayam, tomato, bawang, alpukat (avocado),telur, mustard, sos tomato atau cili, mayonis, daging ayam dan apa – apa ramuan tambahan dan anda telah sediakan balutan sayur ala ‘burrito’.

 

Memikirkan idea untuk masak sesuatu agak memeningkan terutamanya bila kita balik selepas bekerja seharian. Namun, dengan ramuan dan resepi yang betul, menyediakan makanan untuk anda akan jadi semudah A, B, C. Sekiranya anda tiada barang –barang runcit untuk masak resepi – resepi bujang yang dinyatakan, anda boleh memuat turun dan menggunakan aplikasi bawiq yang selalu ada untuk res-q anda.

 

Muar Turun Aplikasi bawiq di Apple Store dan Google Play Sekarang.