September 29, 2020
Alamak aiii!!!! Kawan – kawan semua nak datang rumah makan – makan dan anda belum menyediakan pencuci mulut. Habislah kawan – kawan nanti cakap “Aduhai, kata ada dessert”.
JANGAN RISAU MEMBER– MEMBER SEKALIAN. KAMI ADA UNTUK MEMBANTU ANDA! APA KATA ANDA BUAT SOUFFLÉ COKLAT?
Menghasilkan soufflé coklat amat cepat dan mudah. Anda hanya perlu campurkan beberapa bahan dan ianaya akan siap macam tu je. Tapi tak tahu mana nak cari bahan – bahan ni dan kalau nak pergi kedai runcit dah tak sempat. Jangan panik, pesan dan terima bahan – bahan masakan soufflé coklat anda dalam masa 90 minit menggunakan bawiq app.
Jadi inilah bahan–bahan yang anda perlukan untuk soufflé anda:
1. 2 Biji Telur
2. ½ Cawan Nutella
3. Toping Coklat Putih
Bagaimana Nak Buat Soufflé Coklat:
Panaskan oven anda hingga 190°C dan selepas itu, masukkan2 kuning telur dengan ½ cawan nutella dan gaulkan. Cambukkan putih telur sehingga ia kembang dan campurkannya dengan campuran nutella tadi. Letakkan hasil campuran ke dalam mangkuk kecil dan seterusnya ke dalam oven. Biarkan campuran tersebut bakar selama 15 – 17minit. Setelah ianya telah dibakar, masukkan coklat putih untuk meningkatkan perisanya dan soufflé coklat anda telah siap untuk anda nikmati bersama rakan – rakan anda.